04 July 2012

Nisfu Syaaban -15 Syaaban 1433

Assalamualaikum. hari nie 4Julai 2012. kalo ikot kalendar Islam  hari nie 14 Syaaban dan malam nie adalah Malam Nisfu Syaaban -15 Syaaban 1433. 

tengah syok2 online  terlihat..erk~ yes! terlihat ada yg post pasal Nisfu Syaaban nie.
terus aq baca dan menarik untuk dikongsikan. rasany belum terlambat kot tuk aq share sedikit info tentang kelebihan malam nie.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
 1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.


Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."
~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Amalan yang dianjurkan;

✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan lain-lain.

Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.

2. Malamnya didirikan qiamulail (malam ini) & esok harinya (Khamis 15 Sya'ban = 5 Julai) berpuasa.

Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."
~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.

3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya'ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja. 

Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

✖ 1. Orang yang melakukan syirik. 
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api). 
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan. 
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa. 
✖ 5. Orang yang ketagih arak. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

nie pulak pasal hukum membaca Yasin 3 kali di malam Nisfu Syaaban yang telah lama diamalkan.

Apakah Hukum Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya'ban ?

Jawapan dari Ustaz Abdul Kadir Al Jofree :

Sebagai menjawab persoalan yang diajukan, Nisfu Sya'ban biasanya dimaksudkan 15 Sya'ban. Malam nisfu Sya'ban pula adalah malam 15 Sya'ban (14hb siangnya, malamnya, dipanggil malam 15 ya).

Di negara Arab dan Nusantara, biasanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Sya'ban setiap satu dengan niat tersendiri, yang akan diajarkan oleh para guru. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya, memandangkan dilakukan oleh para Fuqaha' zaman berzaman dari dahulu lagi.

Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara' (samaada dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar satu teknik dakwah). Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membuat kelas ilmu dan sebagainya.

Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut (Fatwa Dr Yusof Al Qardhawi yang menolak amalan Yasin 3 kali dan mengatakan ia adalah bid'ah yang diada-adakan). Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya'ban ini dilakukan oleh para ULAMA' zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.

Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya'ban dengan jelas dan adil ya...

Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu,

bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang maksudnya :

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
 [ Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban]

Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."

Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi'in dari penduduk Syam. 

Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,

Bahawa para tabi'in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi'in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan dua cara:

* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak matadan berpakaian yang terbaik.

* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi'in itu.

Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid'ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya'), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.

Sedikit tambahan lagi:

Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Sama ada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.

Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedayanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.

Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak diendahkan. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.

Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.

Wallahu A'lam
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Selamat beramal ツ.


                                                                                                                                 

30 June 2012

Merapu Sorang Diri

aiyoo~~ boring sangat la ini malam. bukak facebook tengok budak try application yg ntah ape ntah. try yg tu nak tengok brapa org anak yg dia dapat nanti la, ciri future husband @ wife la, nak tengok muka dia sama dengan artis mana la, macam2 lagi la. huh!. aku pulak yang boring tengok kau try yang bukan2. boley tak kau stop main bnde tuh. kau tau tak benda tuh syirik. kau tak rasa bodoh ke main bnde tu. hohoho. 
tetibe je aku. lalala~

hurm. mana pulak geng aku nih. kalu dah hujung minggu salu nya noti fb aku penuh je dengan update diorg, latest pic yg d upload. tambah plak dengan link yg diorang share lagi. tetiba plak malam nih rasa KOSONG...~  KOSONG...~
biarla. diorang busy kot. yela. diorang student. aku nih tak buat pape. dok kat umah je. hihihi.

then. terus aku bukak blog. tengok la blog aku.....hehehe.
suram jerk. nak bace pun takde mood. 
ekceli nak tukar background. nak kasi lawa gitu. tapi tak tau nak cari kat mane.
nak buat sendiri lagi la. memang tak pandai photoshop. dungu betol. HAHAHAHA
yela, kite tak expert macam uols.

dahla. nak tido lgi nie. esok dah 1Julai 2012. rasany smnggu dua lg dah nak puasa. 
soooo......MISSION START!
kurangkan berat badan. cheeeaaah~~~~
bye!

gambar taun 2010. hehe. KO HADO??!!

17 June 2012

27 Rejab - Israk Mikraj

Assalamualaikum....
 
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
 
  1. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
  2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :

"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Sahabat yang dimuliakan,

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  2. Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
  7.  
  8. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  9. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  10. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  11. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  12. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  13. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
  14. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
 
credit to : iLuvIslam       

20 May 2012

Hotcakes Yang Gebu!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. skema di malam ahad. :)) blogging sambil tengok Mentor 6. ok ok ok. hehe. sekali sekala tengok tv pernah tak korang tengok iklan McDonalds pasal hidangan breakfast tu???? macam2 pakej diorang tawarkan dengan harga yang berpatutan. nampak sesangat la sedap. sampai dah berangan breakfast kat McDonalds. tak payah nak pegi McDonalds. KFC tu pun sebulan sekali. kadang2 memang tak pegi. haha.

erm....nak jugak la merasa hotcakes tu.

yeah, I got it! ape guna Encik Google kalau tak dimanfaatkan. hihi. aku terus cari dan mencari...ahernya terjumpa resepi hotcakes tu kat satu blog. aku terus jadi copycat. salin dan aku mesti dan HARUS buat jugak pagi esok. dapatla aku merasa hotcakes itu. HAHAHAHA. terus berangan NORTHSTAR. sesekali english breakfast tak salah kan.

nie diaaa... resepi hotcakes itu. ringkas, mudah, senang dan sedap!

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 4 sudu makan gula
  • beberapa titis esen vanila
  • 2 biji telur
  • air mengikut kepekatan ( tak terlalu cair & pekat )
  • 1 sudu teh baking powder
 Cara membuat :
  •  Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga rata dan sebati
  • Gunakan kuali leper untuk memasak. Curah adunan lebih kurang satu senduk mengikut saiz yang disukai. Balikkan apabila sudah kekuningan.
  • Hidangkan bersama butter, madu lebah, susu pekat manis dan pisang.
SELAMAT MENCUBA UNTUK SAYA DAN SEMUA.

meroyan nak makan hotcakes. kalau kat kampung, hotcakes tu adalah LEMPENG! HAHAHA.
nielah rupa hotcakes itu. hihi


18 May 2012

REMINISCE : Hari Guru 2011

Salam. ^_^
 16 Mei Hari Guru. teringat pulak masa sambutan Hari Guru peringkat sekolah.taun lepas. kami sebagai Senior Of Student (S.O.S) telah diberi kepercayaan sepenuhnya oleh pihak pengurusan sekolah utuk menjayakan sambutan Hari Guru. segala persiapan dari awal hingga tamat event adalah hasil titik peluh kami serta Madam Amira dan Mr Rahim selaku guru penasihat. kalau ada yang terlebih atau terkurang merekalah yang  membantu. yela. tak pernah pulak kami menjayakan big event sebegini. ntah ada yang cacat dalam sambutan, kami yang malu. hihi. Alhamdulillah. sambutan ini telah dijayakan dengan sempurna.

sedikit gambar buat tatapan dan kenangan.

oppss.. majlis persandingan olok2 ni masa malam sebelum Hari Guru keesokannya. sempat jugak. gitu. haha. ada la segelintir budak menjeling tak suke kite org bising masa nie.       
ada ku kesah. KO TEK KACAKK?? HAHA


barisan emcess. bakat terpendam ker??
 nak sangat jadi MC. nahh. 6 orang MC termasuk dua orang pemantun. HAHA

kek. 3kg. untuk guru2 SMK Agama Saratok.



the prizes. tercalit sedikit hasil tanganku disitu. HAHA. well. I AJK Hadiah.


Teachers performing Pendidik Bumi Kenyalang and Kami Guru Malaysia.

that's all. TQ. HAHA.
ohh ya. Selamat Hari Guru Bapaku. HAHA.

credit to : Pre U ASAR Blog

15 May 2012

Endless Love - My Mother

Salam (^_^)
ahad lepas Hari Ibu. so, rasanya masih belum terlambat kot entri nie. rasa segan pulak nak wish f2f. wish kat blog pun boleh kan.?? hihi. this song I dedicated for my lovely mother. lagu nie pemes masa I masih sekolah menengah dalam Form 1 Form 2. ok, enjoy the song.


Yusuf Islam - My Mother

Who should I give my love to?  
My respect and my honor to  
Who should I pay good mind to? 
After Allah And Rasulullah
Comes your mother  
Who next? Your mother  
Who next? Your mother  
And then your father
 
Cause who used to hold you 
And clean you and clothes you  
Who used to feed you?  
And always be with you  
When you were sick  
Stay up all night  
Holding you tight  
That's right no other  
Your mother (My mother)
 
Who should I take good care of?  
Giving all my love  
Who should I think most of?  
After Allah And Rasulullah
Comes your mother  
Who next? Your mother  
Who next? Your mother  
And then your father
 
Cause who used to hear you  
Before you could talk  
Who used to hold you?  
Before you could walk  
And when you fell who picked you up  
Clean your cut  
No one but your mother  
My mother
 
Who should I stay right close to?  
Listen most to  
Never say no to 
After Allah And Rasulullah
Comes your mother  
Who next? Your mother  
Who next? Your mother  
And then your father
 
Cause who used to hug you  
And buy you new clothes comb your hair  
And blow your nose  
And when you cry  
Who wiped your tears?  
Knows your fears  
Who really cares?  
My mother
 
Say Alhamdulillah  
Thank you Allah  
Thank you Allah  
For my mother.




02 May 2012

Asmara Memisahkan Kita

Firman - Kehilangan
 
Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
 
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Takkan ku sia-siakan kamu lagi


25 April 2012

Saya Tak Pandai Bercinta

dedicated to all lovely couple out there. from me. keep waiting for the real love

A Thousand Years
Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more 

REMINISCE : Sukan Tahunan Sekolah 2011

halo. halo. halo. HAHA. kalau dah duduk umah. tak buat apa2. meh sini I share aktiviti yg kite buat semasa  Upper 6 taun lepas. tengok la tajuk entri nya. huhu. enjoy. photo taken by me n Anna Kecik. HAHA~

                               ya. Laluan Kecemasan. dan saya lah AJK Kecemasan. HAHA                                         
Dalila and me. berat nyer~

 kamek AJK Bola Jaring ea dik dik dik arrrr~~

      meninjau di padang sekolah. wiwit! steady~

 peace. mayang lok. HAHA~

bilik sakit. penat. AJK terlebih penat.

 pose~ nak jugak bergambar. AJK Hadiah. cdah, erniey n semi

di kantin. :)

 kat khemah PBSM. pagi penutupan sukan.

kite penat mengurut yg kat tepi tu menggatal! HAHA~

 siapakah..?? lalalala~ :)

 ape kes..???!!

sekian dari saya budak baik....huhu

18 April 2012

2010 dan 2012

Salam. HAHA. yahuuuuuu!!!! ahernya dapat jugak update blog. dah berwajah baru ya dashboard kita. erm. janggal pulak rasanya. ignore je la. ha~ kenapa entri kali nie tajuknya 2010 dan 2012 eyk? hehe. entri nie kite nak berbicara kisah I sebagai penganggur lepasan SPM 2009 dan STPM 2011. apa yg I buat kat umah sebagai seorang insan yg lepas graduate di sekolah menengah. HAHA~ actually dah lama nak buat pasal entri nie. yela, korang paham2 la dengan internet di kampung keadaannya macam mane. bukannya I sibuk memanjang. kerja pun belum lagi, nak buat ape. hihi. ok kite teruskan dengan kisah I itu. haha.

PAGI
2010
ha~ macam biasa la. hidup kite. wake up late. pukul 10, 11 macam tu. kadang2 je bangun awal. pasal ape? tggu. haha. pagi nie tak buat ape2 pun. breakfast, tonton tv, online. macam tu je. mestila. masa tu tengah hot dengan FACEBOOK. online. chatting. jumpe balik kawan lama masa sekolah rendah. dapat kawan baru. laki pompuan semua ada. haha. syok jugak online masa tu. sorang2 kat umah kan. bapak keja. mak keja tengahari baru balik. adik pun kat sekolah. kakak d sarikei. keja. huhu. bestnyer!! tenteram ya amat.

2012
dari bulan januari sampai la bulan mac. macam biasa la rutin kite. again. bangun lambat. HAHA. seronok. tak heran la hari2 breakfast dengan air teh yg dah sejuk. hihi. malas la nak bancuh air lagi. bedal je la ape yg ade. mase nie nak online pun dah tak best sangat. kawan2 yg kite buat kawan kat FB mase 2010 dah g sambung belajar. kat U, IPG dan lain2. ape2 pun. I masih ada CLASSMATE STPM 2011 I. MUAH! sayang kat korang!


TENGAHARI

2010
ohh ya. disebabkan I sorang dok umah. yg cuci baju, jemur baju, kemas umah, masak? tidak. haha. semua I yg buat. ape korang ingat laki2 tak boleh ke buat semua benda tu. I lebih terer ok. HAHA. sebelum mandi kite cuci baju dulu. ala sumbat2 je dalam washing machine. die buat keja, I pun mandi. lalala~ haha. habis je siap2 kemas2 diri. jemur baju dan sebagainya. kite pun tonton tv la. ape lagi. dah tengahari. huhu. 

1st, kite tengok. WANITA HARI INI~
ape? korang ingat aku nie buang tabiat ke tengok WHI. ingat tajuknye WANITA, kaum hawa je ke boleh tengok? haiya. semua boleh tengok lor. hihi. yela, nak tengok ape lg. lagipun WHI banyak membincangkan isu2 semasa wahai cik kak cik abang sekalian. haha. tak rugi pun tengok WHI.

lepas habis WHI. kite tukar channel 702. astro . nak tau I tengok ape??
Tadaa!!!~
OPRAH WINFREY SHOW.
yeah. kenapa la aku banyak tengok rancangan bual bicara. HAHA. best la Oprah. suke tengok dia menemubual tetamunya. dan tetamunya jugak bukan calang2 orang ok. tu yg best nyer. Oprah selalu bagi hadirin yg hadir dengan macam2 hadiah ekslusif. hinggakan satu hari tu I berangan2 dapat tengok Oprah Show di studio rakamannya. secara live. HAHA

ok. ok. ok. HAHA. habis je tengok Oprah Show. I tengok pulak sinetron TASBIH CINTA.
bila cinta tak lagi untukku. lalalala~ HAHA. kisah cinta 3 segi antara abang dan adik. entahla kenapa I suke sangat tengok sampai lunch pun depan tv. HAHA

2012
taun nie boring la sedikit. kalau tengah online tu. memang terasa sunyi. teman rapat di sekolah. yang sebaya kebanyakan dah keja. seronok tengok diorang masing2 dah keja. tak la dok umah je macam aku nie kan..??? hurm. tengahari nie memang tak buat apa2 la. tggu turn nak mandi, makan... pastu hurrmmmm.... 
TAK BUAT APA2 PUN

PETANG

2010
erm, tak ingat lagi la I buat apa masa petang2 nie. rehat kot. tenangkan diri. huhu.
yup! I tengok tv lagi la. mesti korang boring dengar I asyik2 tengok tv kan???? HAHA
I tengok cerita SENJA PERMAI!!
best. mengisahkan kehidupan 3 family di kawasan perumahan yg diberi nama SENJA PERMAI.

2012
petang2 macam nie I tak buat apa2. dah jemu online tu I duduk luar rumah. flashback semua apa yg dibuat masa di sekolah. minum petang dengan kawan2. meriah ya amat. rindu nak sekolah balik. kenapa la taun nie I asyik teringat kat kawan2. bukannya kita nak melupakan semuannnya, itu tandanya kita menghargai kenangan lalu. chewah. HAHA

MALAM

2010 & 2012
kita gabungkan aje la 2010 & 2012, malas nak cerai beraikan. bukannya apa. kalau di buat rumusan. sama je apa yang I buat d malam hari nie. dah malam. nak buat apa lagi. kita.........
ONLINE la sampai ke pagi. HAHAHHAA.
yeah. nie la yang buat I bangun lambat hari2 tu. kih2

haa. setelah d analisis d post mortem dan lain2. aktiviti yang dibuat I sepanjang cuti yang panjang nie adalah....
TONTON TV + MELAYARI INTERNET + MAKAN + TIDUR = BESSSTTTTTT!!!!!~
 
FULLY DESIGNED BY OWNER OF THIS BLOG. ALRIGHT RESERVED BY NOERYDZONE