Assalamualaikum.. Salam maulidur rasul semua..
Tiap2 tahun kita hadapi detik bersejarah dalam Islam ini..
Tapi i selalu dok umah je..
Seronok tengok orang buat perarakan ramai2 kat TV..
Teringin gak nak ikot.. hihi.. Tak de kesempatan..
InsyaAllah.. akan datang.. hehe..
tema utk tahun nie er.. "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"
salah dan silap tu harap dimaafkan dan diperbetulkan k.. hehe..
Erm.. nie nak kongsi la cket..
Santapan rohani utk renungan umat terakhir Rasulullah S.A.W..
Entri kali nie nak ajak kita sama2 mencontohi akhlak Rasulullah..
Berakhlak mulia tak semestinya pd waktu yang tertentu sahaja seperti bulan Ramadhan..
Sesetengah orang tu..kalau dah dekat nak bulan Ramadhan baru la mula nak buat baik..
Walhal..pada bulan lain dia tak buat semua tu..
Seharusnya..akhlak yg mulia ini kita patut amalkan secara konsisten dan dipraktikkan dgn baik..
Mendidik diri agar berakhlak mulia adalah tugas yang sepatutnya dilakukan secara berterusan..
Antara akhlak Rasulullah yang patut dicontohi sepanjang masa adalah..
SABAR
Segala kesukaran kehidupan di dunia sebenarnya melatih kita untuk menjadi manusia sabar. Dalam al-Quran, kalimah sabar disebut lebih 70 kali. Ini menunjukkan pentingnya sifat ini menjadi tunjang kehidupan.
MEMAAFKAN
Memaafkan orang lain memang bukan perkara yang mudah. Apatah lagi perbuatannya menyakitkan hati dan mengguris perasaan kita. Namun demikian, sikap pemaaf inilah yang menunjukkan ciri2 sebenar seorang Muslim.
BERBAIK SANGKA
Berbaik2 sangka adalah sebaik2 sifat apatah lagi sifat ini akan memanjangkan silaturahim malah menyebabkan kita sentiasa disayangi, memadamkan api dendam dan jiwa akan sentiasa tenang. Dalam erti kata lain.. Be Positive.. hehe..
SERBA SEDERHANA
Nie salah satu akhlak Rasulullah yg paling aku suka. Menjalani kehidupan serba sederhana adalah cara terbaik. Kita tidak perlu nak menunjuk2 atau memberitahu orang lain akan kelebihan diri. Lebih elok kiranya orang lain yg menyedari kelebihan kita. Tak perlu nak tunjuk sangat pun.
Banyak lagi akhlak Rasulullah yg patut dicontohi..
Nak cite sume rasanya dah boleh buat FORUM PERDANA agaknya.. hehe..
Cukupla setakat tu je.. Lagipun manusia sekarang payah nak ikut amalan yg baik2 nie..
Ok la..jumpa lg di lain entri.. dhaa..
0 comments:
Post a Comment